KUALA LUMPUR: Pinjaman RM300 pada tahun 2021 untuk menyelesaikan hutang ayah membawa penderitaan berterusan untuk Aliff dan kakaknya kerana kerakusan Ah Long.
Aliff dan kakaknya sudah membayar RM34,000. Aliff tinggal sehelai sepinggang, namun Ah Long masih mahu “memerah” RM11,000 daripadanya.
Aliff (bukan nama sebenar) kini dalam pelarian untuk mengelak asakan Ah Long namun telefonnya digodam dan gambar beliau sekeluarga di viral dengan mesej meminta orang ramai memukulnya ‘kerana tidak bayar hutang.’
Pengalaman perit Aliff bermula apabila perlu mendapatkan pinjaman segera untuk membantu ayahnya yang turut menjadi mangsa scammer.
Ketika itu pembantu kedai jualan kasut itu menganggur – negara di bawah PKP kerana pandemik Covid-19 semakin mengganas.
“Saya pinjam RM300 saja. Mula-mula nak bantu ayah kena ‘scam’. Ayah minta tolong saya. Saya tak bekerja kerana ketika itu PKP. Kawan cadangkan pada saya aplikasi ni. Muat turun dari ‘app store’ saja. Lepas itu hantar permohonan (melalui aplikasi) saja.
“Kita kena bagi salinan kad pengenalan dan buat video yang mengatakan kita pinjam duit daripada aplikasi. Itu sahaja, terus dapat,” katanya kepada FMT.
Walaupun dijanjikan pinjaman penuh RM300, Aliff, dia hanya menerima RM150.
“Tempoh bayar balik adalah tujuh hari. Mula-mula saya kena bayar RM300 saja. Tapi saya dah tak boleh bayar. Jumlah itu naik jadi RM800, RM1200, RM1,500. Terpaksa saya berbincang dengan keluarga. Terpaksa libatkan kakak saya dalam isu ini.
Baca seterusnya di FMT