Hujan Lebat, Jalan Runtuh: Bung Ingatkan Pengguna Jalan Raya Berhati-hati

jalan-runtuh.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Meneri Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta pengguna jalan raya di negeri ini agar sentiasa berhati-hati ketika memandu ekoran hujan lebat berterusan sejak kelmarin menyebabkan ada jalan ditenggelami banjir, manakala sebahagian lagi runtuh.

Katanya kebanyakan jalan yang runtuh ialah di kawasan bukit dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan sebagaimana yang berlaku di jalan Kota Kinabalu-Tambunan  iaitu di Kampung Tudan Penampang yang mengalami keruntuhan yang agak serius

Jalan lain yang runtuh dan mengalami keretakan ialah jalan Maang Penampang menuju ke Lokawi.

“Kita telah meminta pihak JKR dan juga syarikat konsesi yang menyelanggara jalan tersebut memantau serta memasang papan tanda amaran demi keselamatan para pengguna jalan raya ” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Ahad.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata demikian sebagai mengulas beberapa kejadian tanah runtuh ekoran hujan lebat yang beterusan.

Sehubungan itu Bung meminta pengguna agar menggunakan jalan aternatif lain bagi menjamin keselamatan mereka sampai ke destinasi yang dituju.

“Pengguna jalan raya perlu sentiasa mendapatkan maklumat dari JKR dan saya juga berterima kasih kepada netizen yang memuat naik isu ini di media sosial dan melalui aplikasi WhatsApp yang dihantar terus kepada saya,” jelas Bung.

Mengulas lanjut bagi jalan-jalan yang runtuh itu, Bung berkata ia masih  dalam jagaan syarikat konsesi yang menyelanggara jalan berkaitan, sementara kajian dan reka bentuk akan dibuat segera bagi membaiki jalan-jalan terlibat.

Mengulas isu keretakan jejambat di Luyang (jalan menuju ke Bukit Padang)  Bung berkata jurutera perunding telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan pihak JKR kini menunggu keputusan daripada mereka untuk mengambil tindakan susulan

“Terdapat perbezaan penyelesaian kerana  terdapat longkang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di bawahnya dan untuk tindakan sementara pihak  JKR akan menampal simen di tempat yang retak  dan dalam masa yang sama  pengarah JKR akan mengadakan mesyuarat teknikal sebaik sahaja laporan diperolehi,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top