Hujan Air Batu Di Kampung Tinusa 2

hujan-air-batu.jpg

Hujan batu selama kira-kira 20 minit berlaku di Kampung Tinusa 2 dekat Sandakan pada petang Sabtu. - Foto Bernama

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Fenomena luar biasa berlaku di sebuah perkampungan atas air, Kampung Tinusa 2 dekat sini apabila penduduk dikejutkan dengan hujan batu kurang setengah jam sebelum waktu berbuka puasa petang semalam.

Kejadian berlaku selama kira-kira 20 minit sekitar 5.50 petang tadi, ditambah pula dengan hujan lebat dan air kencang, kata Pemaju Mukim Sungai Sibuga Osman Tiakok, yang juga penduduk kampung berkenaan.

“Meskipun kampung ini sering mengalami cuaca hujan lebat dan angin kencang serta air pasang luar biasa berikutan kedudukan kampung yang terdedah kepada laut terbuka, namun hujan ais (batu) itu merupakan pertama kali dialami.

“Tetapi Alhamdulillah, keadaan beransur pulih selepas hujan batu itu berserta angin kencang reda. Setakat ini, tiada laporan kerosakan rumah seperti zink atau bumbung terbang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Osman berkata penduduk kampung teruja melihat ketulan ais jatuh atas bumbung dan halaman luar rumah serta mengenai jendela kereta, sehingga pantas merakamkan kejadian itu.

Jabatan Meteorologi telah meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 11 malam ini di negeri Sabah.

— BERNAMA


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top