Hubungan Sabah dan Korea Selatan lebih erat

Christina.jpg

ALBUM: Christina (tengah), Yoon (dua kanan), Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah (dua kiri) serta tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Festival Kebudayaan Korea 2024 menandakan permulaan pengenalan budaya Korea yang lebih meluas di Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Christina Liew berkata, acara itu merupakan batu loncatan untuk inisiatif masa depan yang pasti akan merapatkan lagi hubungan diantara kedua-dua negara.

“Selain itu, ia memberikan sumbangan bermakna kepada kepelbagaian budaya di Sabah, sebuah negeri yang telah lama menjadi contoh cemerlang bagi kehidupan aman dan harmoni.

“Lebih penting lagi, Festival Kebudayaan Korea menjadi pemangkin untuk mengukuhkan hubungan kerjasama antara Korea dan Sabah dalam pelbagai sektor, termasuk ekonomi, pembangunan sosial dan budaya,” katanya ketika melancarkan festival berkenaan pada Sabtu lalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api berkata,  walaupun komuniti Korea di Sabah agak kecil iaitu sekitar 1,000 orang. Namun, komuniti ini akan terus berkembang menjadi sebuah komuniti yang berkemampuan, aktif dalam pembangunan masyarakat tempatan dan memberikan pengaruh positif.

Menurutnya, penubuhan Konsulat Korea pada tahun lepas di sini telah membuka jalan untuk hubungan yang lebih mendalam dan kerjasama yang lebih erat antara Korea dan Sabah.

“Ia memberikan peluang besar kepada masyarakat tempatan untuk berinteraksi secara langsung dengan komuniti Korea serta mempelajari lebih lanjut mengenai budaya mereka.

“Daripada muzik dan tarian kepada makanan dan permainan, kita dapat menyaksikan kesan global budaya Korea dan mengalaminya secara langsung di sini,” katanya.

Sementara itu, Konsul Jeneral Konsulat Republik Korea di Kota Kinabalu, Yoon Ockchae berkata, pihaknya berterima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) serta penaja lain atas sokongan mereka. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top