Hubungan GRS-BN Baik, Kukuh – Yakub

yakub-2.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Yakub Khan mengalu-alukan pengumuman Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berhubung nama baharu Kerajaan Negeri yang dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Barisan Nasional (BN).

Yakub berkata, kerajaan Sabah sebelum ini dibentuk menerusi gabungan diantara BN dan Perikatan Nasional (PN).

“Memang sepatutnya kerajaan ini dinamakan GRS-BN, biarlah nama kedua-dua ada kerana ia tidak akan merugikan sesiapa pun.

“Malah ia memberikan keuntungan ‘win-win situation’ antara dua pihak dan hubungan antara GRS dan BN juga bertambah baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Tebobon di sini kelmarin.

Yakob yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, kerajaan yang ada kini akan terus diperkukuhkan untuk rakyat dan negeri ini.

Hajiji pada Ahad bersetuju agar Kerajaan Sabah yang kini ditadbir GRS bersama rakan kerjasamanya BN dikenali sebagai GRS-BN.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top