Hubungan DAP Dengan Warisan Sedang Tegang, Akui Anthony Loke

anthony-loke.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP yang baru dipilih Loke Siew Fook (Anthony Loke) mengakui bahawa hubungan antara partinya dan Warisan berada dalam keadaan tegang ketika ini.

Bercakap di forum dalam talian bertajuk “Anthony Jawab Jujur”, Loke menyentuh mengenai pilihan raya Johor baru-baru ini, di mana Warisan menggunakan “pendekatan konfrontasi” dengan bertanding di kerusi yang dimenangi DAP pada pilihan raya umum lalu (PRU14).

Ahli Parlimen Seremban itu berharap keputusan pilihan raya akan memberi beberapa petunjuk dan petanda kepada pihak atasan parti tersebut, terutama presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, bahawa apabila parti pembangkang bertelagah sesama sendiri, ia hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN).

“Saya harap Warisan akan tampil dengan strategi politik yang lebih praktikal dan realistik pada masa hadapan dengan berbincang dengan Pakatan Harapan, dan menghasilkan pakatan rasmi atau longgar untuk PRU15.

“Mereka mempunyai kekuatan tersendiri di Sabah. Tetapi mereka perlu ingat bahawa DAP membantu mereka membentuk kerajaan negeri selepas PRU14 kerana mereka tidak boleh membentuknya sendiri.

“Jadi, adalah lebih baik untuk mengadakan pakatan pilihan raya, walaupun ia longgar,” katanya dalam program dalam talian yang dikendalikan oleh Syahredzan Johan, setiausaha politik kepada veteran DAP Lim Kit Siang.

Warisan tewas di semua kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya Johor, dengan semua calonnya kehilangan deposit.

Loke juga bercakap tentang pemimpin tertentu dalam Warisan yang telah mengambil sikap konfrontasi terhadap PH.

“Saya tidak tahu agenda mereka, tetapi nampaknya mereka mahu ‘langgar’ (menentang) kami,” katanya tanpa menyebut sebarang nama.

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top