Hotel Di Kundasang Cetus Kluster Baharu Di Sabah

masidi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kluster baharu yang direkodkan di negeri ini semalam membabitkan sebuah hotel di Kundasang.

Katanya, kes indeks kluster Jalan Kem Bina di Ranau itu membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun yang juga kakitangan Hotel Perkasa di Kundasang yang dikesan positif melalui saringan bergejala di Hospital Ranau pada 23 Dis lalu.

“Saringan terhadap 70 kontak rapat, rakan sekerja serta keluarga mendapati 39 lagi kes positif Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif 40 kes, termasuk enam kes baharu yang dilaporkan hari ini,” katanya ketika dihubungi FMT.

Terdahulu, Masidi berkata, 161 kes baharu Covid-19 dicatatkan di Sabah pada Isnin, menjadikan keseluruhan 241,122 kes.

Katanya, dua lagi kematian dilaporkan, masing-masing satu kes di Kota Kinabalu dan Papar.

“Bilangan pesakit sembuh ialah 217 orang, termasuk yang discaj dari hospital dan PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah), menjadikan jumlah kumulatif 234,007 orang.

“Seramai 673 pesakit sedang menerima rawatan, iaitu 359 orang di hospital, 313 orang di PKRC awam dan seorang di fasiliti swasta.

“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 36 orang, merangkumi 35 di ICU dan seorang di wad terbuka, manakala 11 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top