Hospital Beaufort Perluas Perkhidmatan Kepakaran

dr-zaliha.jpg

Dr Zaliha (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mengucapkan tahniah kepada warga kerja Hospital Beaufort, sebuah hospital di pedalaman Sabah, kerana berjaya memulakan satu lagi perkhidmatan kepakaran di hospital berkenaan.

Perkhidmatan kepakaran yang diperkenalkan adalah Perkhidmatan Kepakaran Pembedahan Am dengan penempatan pakar bedah am secara tetap (in-house) pada 1 Feb lepas dan penempatan pakar perubatan obstetrik dan ginekologi (O&G) pada 3 Jan.

Perkara itu menjadi perintis untuk terus memperbaiki dan memperluaskan lagi perkhidmatan kepakaran lain yang berkualiti kepada penduduk di Sabah terutamanya di daerah Beaufort, Kuala Penyu, dan Sipitang serta Lawas, di Sarawak,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.- BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top