PETALING JAYA: Dua pakar keselamatan jalan raya menggesa kerajaan menghentikan amalan diskaun untuk saman lalu lintas kerana ini hanya akan menyebabkan pengguna tidak mengendahkan undang-undang.
Law Teik Hua dari Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata “budaya” menawarkan diskaun untuk saman mengurangkan impak penguatkuasaan undang-undang.
“Tiada siapapun akan menghormati undang-undang jika mereka tahu bahawa kerajaan akhirnya akan memberikan diskaun,” katanya kepada FMT.
Tambahnya, kerajaan melihat saman sebagai kaedah meraih pendapatan dan bukannya penalti bagi mereka yang melanggar undang-undang. Bagaimanapun, katanya, saman sepatutnya bersifat tegas supaya mengekang pesalah melanggar peraturan.
Law berkata, sistem demerit yang kini digunakan juga wajar dikuatkuasakan dengan lebih meluas untuk mengekang kesalahan jalan raya.
Baca seterusnya di FMT