Henti Pentingkan Diri Sendiri, Berfikir Sebagai Satu Pasukan – SSK

SSK-4.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Kepincangan dan ketidakstabilan politik hari ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan raja dan rakyat terhadap proses pemulihan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak (SSK ) berkata, pemulihan ekonomi akan berjaya jika semua ahli politik berhenti mementingkan diri sendiri dan berfikir sebagai satu pasukan.

“Mampukah kita bertahan untuk setahun lagi atau untuk 6 bulan akan datang jika kita terus begini?

“Mungkin tidak, kecualilah jika ahli politik mula mementingkan rakyat dan berhenti mementingkan diri mereka sendiri,” katanya menerusi catatan di blognya semalam.

Pemimpin Umno Sabah itu berkata, pakar ekonomi dunia menjangkakan kemelesetan ekonomi global akibat pandemik Covid-19 lebih teruk berbanding yang pernah berlaku ketika era 1920-an.

Beliau berkata, walaupun vaksin Covid-19 berjaya ditemui tahun depan dan kehidupan kembali seperti sedia kala, ekonomi negara akan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih.

“Ini bukanlah satu petanda baik untuk Malaysia. Kemelesetan ekonomi di Barat sudah pasti akan membawa kesan kepada kita.

“Dalam era globalisasi hari ini, tiada satu negara pun yang hidup dalam vakum. Malaysia bergantung kepada Barat sebagai sumber pasarannya, jadi apabila Barat sengsara, kita turut sengsara.”

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top