Hasrat PBM bertanding di Sabah boleh rosakkan persefahaman ‘Borneo Block’ – Masiung

masiung.jpg

Datuk Masiung Banah (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Hasrat Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk bertanding dalam pilihan raya Sabah akan datang boleh menjejaskan persefahaman yang dijalin antara parti-parti Sabah dan Sarawak, kata Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah Datuk Masiung Banah.

“Saya berpendapat niat PBM lebih kepada merosakkan hubungan dan persefahaman antara dua negeri yang bekerjasama di bawah ‘Borneo Block’,” katanya pada Isnin.

Pada 29 Jun, Presiden PBM Datuk Larry Sng Wei Shien, yang membuka pejabat parti itu di Penampang, berkata parti itu berhasrat untuk bertanding beberapa kerusi dalam pilihan raya Sabah.

Beliau berkata mereka sedang meninjau kerusi-kerusi kawasan Kazadandusun dan Murut di Penampang, Kota Marudu, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Putatan dan Pensiangan.

Bagaimanapun, Masiung yang juga ADUN Kuamut berkata PBM bukanlah ancaman kepada kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memerintah.

Beliau berkata parti-parti politik di Sabah dan Sarawak daripada kerajaan dan pembangkang mempunyai persefahaman bahawa mereka tidak akan meletakkan calon di negeri masing-masing.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top