Hasrat Adelinah Untuk Tawan Everest Tertangguh

adelinah.jpg

Adelinah

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Perancangan  2 pendaki Malaysia untuk menawan puncak tertinggi di dunia tertangguh ekoran kekangan dana secara keseluruhannya dan kekangan masa yang dihadapi mereka.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Program Keluarga Malaysia Ekspedisi Everest 2022 Datin Maria Abdullah, yang berkata program itu akan diteruskan di tahun hadapan.

Walau bagaimanapun kata Pengasas MYPW itu lagi, seorang lagi pendaki iaitu  Ravichandran yang kini sudah berada di Everest Base Camp dan dijangka akan meneruskan perjalanan beliau pada hujung April in ke Camp 1, Camp 2, sehingga ke Puncak Everest katanya di dalam satu sidang media di taman kelab Tasik Perdana petang Selasa.

Datin Maria Abdullah (tengah) pada sidang media di taman kelab Tasik Perdana

Tambahnya menurut  perancangan asal Program Keluarga Malaysia Ekspedisi Everest 2022 itu, pendaki dari Malaysia akan bergerak dalam kumpulan yang disertai lima pendaki termasuk dua pendaki wanita daripada Sabah dan Sarawak serta lima sherpa atau malim gunung.

Sementara itu, Adelinah Lintanga, pendaki dari Sabah yang sepatutnya mengikuti program itu ketika ditemui berkata pada mulanya apabila mendengar berita itu beliau berasa sedikit kecewa, namun ia percaya ada hikmahnya  dan beliau tetap meneruskan latihan untuk meneruskan misinya yang dijangka pada tahun hadapan.

“Rancangan saya selepas ini, saya akan terus meneruskan latihan dan mungkin membuat latihan di kawasan yang beraltitud tinggi bagi membiasakan diri dengan keadaan di sana’

Beliau yang turut mendapat kata-kata semangat daripada pendaki Everest, Ravichandran secara panggilan video selepas sidang media itu tamat berkata, Ravi tetap memberikan beliau semangat dan memintanya jangan bersedih serta terus berlatih.

“Beliau berkata saya mungkin akan ke Base Camp di Katmandu bagi meneruskan latihan tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Maria berkata  Ravi membawa bersama air minuman rasmi  “Air Minuman MYPW” yang penuh beroksigen dan terbukti air itu banyak membantu beliau kekal bertenaga bagi mencipta rekod pendakian apabila tidak menggunakan tabung oksigen ketika pendakian.

“Beliau akan mencipta recod pendakian Everest tanpa menggunakan tangki oksigen dan beliau rakyat Malaysia yang pertama akan berbuat demikian,” katanya.

 

Sumber: Sabah Media

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top