Harris, Pandikar Turut Masuk Gelanggang?

harris-pandikar.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Mungkinkah pilihan raya negeri (PRN) Sabah akan menyaksikan kembalinya bekas ketua menteri, Tan Sri Harris Salleh ke gelanggang politik negeri ini.
Walaupun mencecah usia 90 tahun, Harris dikatakan sedang menimbangkan keberangkalian itu.

Beliau dilaporkan telah dilamar oleh Usno, parti yang pernah menjadi tonggak politik Sabah, tetapi kemudian dibubar berikutan kemasukan Umno.

Usno didaftarkan semula pada 2013, tetapi tidak begitu menyerlah sehinggalah setahun dua kebelakangan ini.

The Star melaporkan presiden Usno, Ibrahim Linggam memberitahu, pihaknya kini menanti pengesahan daripada Harris berhubung pelawaan menyertai parti itu.

Seorang lagi veteran politik yang diharapkan oleh Usno untuk turut bersama parti tersebut menghadapi PRN ini ialah Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, bekas speaker Dewan Rakyat.
Ibrahim dilaporkan berkata banyak pihak berminat untuk menyertai Usno, terutamanya kalangan yang dipinggirkan oleh Umno Sabah dan parti-parti lain.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top