Harga Barang Melonjak Hingga 60%

harga-barang.jpg

Gambar hiasan: Anggota Penguatkuasa KPDN menjalankan pemeriksaan di sebuah premis.

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Harga kesemua barang keperluan dijangka bakal melonjak sehingga mencecah 60 peratus pada bulan hadapan disebabkan oleh sikap tamak para peniaga di samping ekoran pelaksanaan gaji minimum RM 1,500, menurut laporan Utusan.

Mukadimah episod peningkatan ini sudah pun dapat dirasai rakyat Malaysia bermula Ramadan lalu apabila barangan kritikal keperluan asas seperti daging, ayam dan sayur-sayuran melonjak naik.

Rangkaian Eco Shop yang sebelum ini mengenakan harga setiap barangnya pada kadar hanya RM 2.10 juga telah mengumumkan kenaikan harga baru kepada RM 2.40 bermula 1 Jun ini.

Peningkatan harga barangan makanan mentah boleh mengakibatkan kesan berantai membabitkan kenaikan pada industri kedai makan dan restoran, menurut Pensyarah Ekonomi Profesor Dr. Barjoyai Bardai.

“Peningkatan harga barangan bergantung kepada permintaan dan penawaran apatah lagi ditambah pula gaji minimum RM1,500 dan menyebabkan kuasa membeli bertambah, jadinya peniaga mengambil kesempatan meningkatkan harga.”

“Selain itu, perang Rusia dan Ukraine menjejaskan sektor import dan menyebabkan penawaran kurang sedangkan permintaan tinggi lebih-lebih lagi kuasa membeli meningkat dengan gaji minimum bertambah, maka peniaga akan meningkatkan harga barang, jadi pengguna pun tiada pilihan terpaksa beli demi kelangsungan hidup,” kata beliau.

Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa PKS Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM), Koong Lin Loong sudah meramalkan harga barangan keperluan seperti beras, minyak, garam dan teh serta makanan, pakaian, dan perumahan naik lebih 15 peratus selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top