Harga ayam di 2 daerah Sarawak termahal RM18.90

armizan.jpg

Datuk Armizan (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KAJANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendapati harga ayam di Lawas dan Limbang, Sarawak paling mahal, kata Pemangku Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata, hasil pemantauan dari 1 Nov hingga semalam mendapati ayam dijual RM18.90 di dua daerah itu akibat isu logistik dan bekalan.

“Kita akan teruskan libat urus dengan peniaga di Limbang dan Lawas untuk (melihat) bagaimana kaedah berunding dan semak kos operasi,” katanya selepas mengumumkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2023.

Armizan berkata, di Semenanjung ayam bersih standard paling murah berharga RM5.79, jauh daripada harga kawalan dahulu RM9.40, manakala paling mahal RM10.50 di Mentakab, daerah Temerloh di Pahang dan Pasar Awam Matang, Perak.

“Di Sabah, harga ayam bersih super serendah RM10 dan tertinggi RM13.90.”

Katanya terdapat kes terpencil harga ayam dijual RM12.90 di Labuan.

“Di Labuan, satu kes sampai kepada perdana menteri dan perdana menteri terus hubungi minta kita selesaikan isu tersebut. Jadi, perdana menteri ‘concern’ dan ‘engage’…bila tanya isunya (adakah disebabkan) kos pengeluaran, esoknya mereka turunkan harga.”

Armizan berkata setakat ini tiada laporan rasmi diterima berhubung kenaikan harga ayam.

“(Walaupun ada) aduan sampai kepada perdana menteri, namun aduan rasmi kepada KPDN melalui portal tidak ada. Ia boleh dimaklumkan melalui WhatsApp dan kita uruskan.” – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top