Harap Negara Jiran Buka Sempadan, Terima Tahanan Selepas Covid-19 Reda – Masidi

Isu-Sempadan-Sabah-Kalimantan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri berharap negara jiran akan membuka semula pintu sempadan mereka untuk menerima tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) apabila keadaan Covid-19 bertambah baik.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, buat masa ini bukan saja pintu sempadan di negara terbabit ditutup, malah laluan sempadan ke negeri itu juga ditutup dari dimasuki warga asing.

“Setakat ini tiada kapal atau pengangkutan yang beroperasi di kedua-dua kawasan ini (Sabah dan negara jiran).

“Kita kena tunggu sehingga keadaan bertambah baik dan diharapkan mereka juga akan buka sempadan untuk menerima semula rakyat mereka yang ditahan di rumah merah (pusat tahanan sementara),” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di Sabah hari ini.

Terdahulu, Pengarah Majlis Keselamatan Negera (MKN) Sabah Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata, keengganan negara jiran menerima tahanan warganegara mereka menjadi punca pusat tahanan sementara (PTS) di Sabah sukar mengurangkan jumlah PATI yang ditahan.

Katanya, ia berikutan penutupan sempadan oleh negara terbabit khususnya Filipina dan Indonesia susulan kebimbangan penularan Covid-19 di sana.

Bagaimanapun, beliau berkata rundingan dengan Kedutaan Filipina dan Indonesia kini masih berterusan supaya negara berkenaan menerima tahanan warganegara mereka yang disahkan bebas Covid-19.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top