Hanya Tinggal Lapan Zon Merah Di Sabah

covid-19-saringan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kes positif baharu Covid-19 di Sabah menurun kepada 71 kes berbanding 99 kes semalam, dengan dua kes kematian baharu, semalam.

Kes kematian masing-masing satu kes dilaporkan di Kota Kinabalu dan Keningau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Beluran berubah dari zon jingga kepada zon kuning, Kinabatangan berubah dari zon merah kepada zon jingga manakala, Putatan berubah dari zon kuning kepada zon jingga.

Setakat ini, lapan daerah berada dalam zon merah, lapan daerah dalam zon jingga, 10 daerah dalam zon kuning dan satu daerah iaitu Tongod dalam zon hijau.

Beliau berkata, daripada 71 kes baharu pada Isnin, Nabawan mencatatkan kes tertinggi dengan 19 kes, diikuti dengan Kota Kinabalu (10), Penampang (7), Putatan (7), Keningau (6), Ranau (5), Kalabakan (4), Kudat (4), Tawau (2), Kota Belud (2) dan satu kes masing-masing di Sandakan, Tenom, Beluran, Kunak dan Pitas.

Menurutnya, daripada 71 kes positif itu, sebanyak 34 kes dari saringan kontak rapat, saringan bergejala tiga kes, saringan kluster sedia ada 26 kes dan lapan kes adalah dari lain-lain kategori.

Kes pulih yang dilaporkan hari ini sebanyak 129 kes dengan bilangan kumulatif 52,290 kes. Manakala, kematian di Sabah meningkat kepada 379 kes.

Setakat ini, sebanyak 53,557 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah dengan 594 kes aktif yang sedang menerima rawatan, iaitu 220 orang di hospital dan 372 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) serta dua orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top