Hanya RM6.2 bilion, bukan RM16 bilion

dr-jeffrey-1.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, mempersoalkan jumlah peruntukan persekutuan untuk negeri ini yang dipetik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata peruntukan persekutuan hanya RM6.2 bilion, bukan RM16 bilion seperti yang disebut Anwar. Kitingan tertanya sama ada perdana menteri diberi nasihat yang kurang tepat, lapor FMT yang memetik Borneo Post.

Kitingan juga mempunyai persoalan berhubung kenyataan Anwar mengenai RM16 bilion itu yang dikatakan melebihi tuntutan kerajaan negeri ke atas 40% hasil bersih.

Katanya, bagaimana Anwar, yang juga menteri kewangan, tahu tentang jumlah bahagian Sabah sedangkan “angka itu tidak dimaklumkan kepada kami.”

“Selama ini kami tertanya-tanya tentang angka. Jadi dari mana muncul angka itu? Saya rasa Kementerian Kewangan yang beritahu beliau,” kata Kitingan, yang sebelum ini berkata kerajaan negeri akan buat pengiraan sendiri bagi mendapatkan jumlah hasil bersih tersebut.

Katanya lagi, bayaran interim RM300 juta itu bukan wang yang terhutang, dan menyeru perkara ini diselesaikan secepat mungkin.

“Kami menghormati perdana menteri kerana sebut RM16 bilion itu. Tetapi kami harus bangkitkan isu ini sehingga selesai. Jika kami tak bangkitkan isu ini, mereka akan lupa,” katanya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top