PETALING JAYA: Keputusan sama ada Barisan Nasional yang menang hanya 30 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk bergabung dengan mana-mana pihak bagi membolehkan kerajaan dibentuk hanya boleh diputuskan oleh majlis tertinggi parti itu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Presiden UMNO atau Pengerusi BN tidak ada hak untuk membuat keputusan itu.
“Parti kena buat keputusan. Parti maksudnya Majlis Tertinggi. Presiden tida ada hak. Malam tadi ada mesyuarat Biro Politik (BN). Biro politik juga tidak ada hak. Biro politik tidak ada local standi untuk cakap bagi pihak parti.
“Parti ada dua sahaja, dengan ketiadaabn PAU (Perhimpunan Agung UMNO), MT sahaja boleh buat keputusan. Kita bertanding bukas atas UMNO tetapi atas BN. (Ia) mesti keputusan MT BN.
“Kalau perkara ini tidak dilakukan sesiapa sahaja yang buat keputusan, tidak sah,” tegasnya. – UTUSAN