Hanya Kerajaan Sabah Boleh Membuat Pengumuman Mengenai Keputusan Pelaburan, Kata Hajiji

hajiji-2.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah tidak akan tergesa-gesa menyokong projek atau pelaburan tanpa melalui proses penelitian yang sewajarnya, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Beliau yang kini berada di Dubai, berkata semua pelaburan utama asing dan domestik mesti disemak sepenuhnya dan sebaik semua kriteria dipenuhi, barulah pengumuman rasmi akan dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

Merujuk kepada pertemuannya dengan sekumpulan pelabur baru-baru ini, Hajiji berkata tiada keputusan dibuat berhubung projek yang mereka cadangkan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan siapa pelabur tersebut.

“Semua cadangan perlu diteliti dan (selepas itu) baru kerajaan negeri akan membuat pengumuman,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan berita bahawa taman perindustrian antarabangsa dan pelabuhan baharu yang mana pelaburannya dikatakan bernilai berbilion ringgit, dicadangkan kepada kerajaan negeri untuk dibangunkan di Kimanis.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top