Hanya 17.6% Rakyat Sabah Terima Vaksin Lengkap Dua Dos

labuan-vaksin.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Hanya 17.6 peratus sahaja daripada jumlah penduduk dewasa di Sabah yang direkodkan sudah melengkapkan suntikan vaksin dua dos lengkap, setakat semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, jumlah terbabit masih di tahap yang agak rendah.

“Sehingga semalam, sebanyak 1,126,645 dos pertama sudah pun diberi dan ini bermakna 40.8 peratus penduduk dewasa negeri Sabah telah pun disuntik sekurang kurangnya dos pertama vaksin.

“Mereka yang telah melengkapkan suntikan dua dos masih rendah, iaitu cuma 17.6 peratus atau 485,880 dos daripada jumlah penduduk dewasa Sabah.

“Usaha terus dibuat oleh kerajaan negeri untuk menambah kapasiti penyuntikan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sambil memastikan bekalan vaksin yang cukup sentiasa ada.

“Selain itu, JKNS dan agensi berkaitan juga sedang berusaha untuk memberi vaksin kepada rakyat dalam kadar yang cepat,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top