Hamzah Sangkal Dakwaan ‘Beli’ Adun-adun Sabah

hamzahzainudin.jpg

KUALA LUMPUR, 17 April -- Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika sidang media selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bersama Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di Menara UOA hari ini. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kongsi Bersama

PUTRAJAYA: setiausaha agong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin menyangkal dakwaan beliau ‘membayar’ kepada sekumpulan adun-adun Sabah supaya menyokong bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman.

“Ia tuduhan yang tidak berasas. Saya tidak pernah memberi (wang), janganlah membuat tuduhan,” katanya seperti dilaporkan oleh The Star.

Bekas pengerusi Bersatu dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa mengumumkan calon bebas untuk bertanding di PRK Slim mendakwa Hamzah ‘membeli’ adun-adun Sabah supaya menyokong Musa dalam percubaan menjatuhkan kerajaan Warisan PH Plus baru-baru ini.

Akhbar itu turut melaporkan bahawa Hamzah berkata,permbahagian kerusi di kalangan parti-parti Pakatan Nasional (PN) untuk pilihan raya negeri (PRN) Sabah masih belum dimuktamadkan.

Menurut Hamzah, beliau telah berjumpa dengan pemimpin-pemimpin Umno. PAS, PBS dan STAR bagi perbincangan awal.

“Berikan saya sedikit masa untuk menyelesaikan perkara ini dan kami sudah pun mengadakan pertemuan untuk berbincang mengenainya.

“Apa yang penting ialah PRN akan diadakan, kami mahu menang dan mengambil alih kerajaan negeri Sabah,” katanya pada majlis anugerah kecemerlangan Jabatan Imigresen semalam.

DUN Sabah dibubarkan pada 30 Julai lalu dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa 60 hari untuk mengadakan pilihan raya negeri. SPR akan bermesyuarat 17 Ogos ini untuk menetapkan tarikh.

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top