KOTA KINABALU: Deputi Komisioner Hamzah Ahmad akan mengambil alih tugas daripada Deputi Komisioner Datuk Ahmad Fuad Othman sebagai Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).
Ahmad Fuad akan bersara pada 11 Disember 2021. Majlis penyerahan tugas berkenaan disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu, hari ini.
Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Negeri Datuk Dr Zulkapli Mohamed, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Datuk Hazani Ghazali dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah.
Komen