Hampir 7,000 Ekar Tanah NT Diberikan Di Seluruh Sabah Setakat Ini

hajiji-tanah-NT-Pitas.jpg

Gambar hiasan.

Kongsi Bersama

MATUNGGONG: Kerajaan Negeri telah mengeluarkan 1,330 geran Hakmilik Anak Negeri (NT). melibatkan hampir 7,000 ekar tanah di seluruh Sabah sejak 12 Mei tahun ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata hak milik tanah itu diberikan kepada pemohon di Pitas (206), Telupid (181), Tongod (611), Bandau (51) dan 281 di sini hari ini.
Ketua Menteri menyampaikan hakmilik tanah seluas 1,546.68 ekar dalam satu majlis di Dewan Terbuka Matunggong.
“Lebih banyak permohonan akan diluluskan apabila pemprosesan selesai,” katanya.
Hajiji turut memberi jaminan bahawa permohonan oleh Adun Matunggong Datuk Julita
Majungki antaranya untuk memartabatkan Matunggong menjadi daerah penuh, pembaikan jalan dan sebuah Dewan Masyarakat baharu sedang dipertimbangkan.
Turut hadir Menteri sementara di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ruddy Awah dan Timbalan Pengarah Tanah dan Ukur Wahab Kanak.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top