Hampir 2 Juta Populasi Dewasa Sabah Lengkap Divaksin

vaksin-tempasuk.jpg
Kongsi Bersama

Seramai 1,799,391 atau 65.2% daripada keseluruhan hampir tiga juta populasi dewasa di Sabah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Masidi Manjun.

Katanya, penduduk dewasa menerima satu dos vaksin mencapai 74.2% atau mewakili 2,046,947 orang setakat semalam.

“Kumulatif penduduk Sabah yang sudah menerima satu dos vaksin Covid-19 setakat 1 Okt 2021 adalah 2,313,662 orang, meliputi 2,046,947 penduduk dewasa bersamaan 74.2% jumlah penduduk dewasa.

“Bagi penduduk Sabah yang menerima dos lengkap, seramai 1,799,723 orang direkodkan sehingga semalam. Daripada jumlah itu, seramai 1,799,391 orang atau 65.2% adalah penduduk dewasa,” katanya dalam kenyataan.

Masidi berkata, semalam juga merekodkan seramai 22,105 orang menerima vaksin, dengan 16,734 orang penduduk dewasa, manakala 5,371 adalah remaja.

Katanya, setakat semalam juga seramai 266,715 orang atau 62.6% remaja berumur antara 12 tahun hingga 17 tahun di Sabah sudah menerima satu dos vaksin, manakala seramai 332 orang lengkap divaksin.

Masidi yang juga jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah berkata, kes harian Covid-19 di negeri itu terus menunjukkan penurunan dengan 784 kes dilaporkan hari ini berbanding 873 kes, semalam.

Katanya, aliran penurunan kes baharu Sabah dibantu penurunan kes di kebanyakan daerah, malah semua daerah hanya mencatat kes dua angka dengan tertinggi 79 kes di Kota Kinabalu, manakala satu daerah iaitu Kalabakan tidak mencatat sebarang kes baharu.

Tambah beliau, sebanyak 13 kes kematian dilaporkan iaitu tiga kes di Tawau, diikuti masing-masing dua kes di Lahad Datu dan Sandakan, manakala masing-masing satu kes di Putatan, Tuaran, Pitas, Nabawan, Semporna dan Kota Kinabalu.

“Bilangan pesakit Covid-19 yang sembuh hari ini ialah 1,109 orang manakala 2,887 pesakit sedang menerima rawatan,” katanya. 0 FMT


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top