Hamas siar video tiga tebusan warga emas selepas Israel isytihar mereka mati

tahanan-hamas.jpg

Tiga tebusan Chaim Peri, Amiram Cooper dan Yoram Metzger masih dalam tahanan dan tidak mati seperti didakwa Israel.

Kongsi Bersama

KAHERAH: Hamas mengeluarkan video pendek semalam menunjukkan tiga tebusan warga emas Israel.

Ketiga-tiga lelaki itu dikenal pasti oleh Israel sebagai Chaim Peri, 79 ; Yoram Metzger, 80 dan Amiram Cooper, 84 tahun.

Mereka telah menjadi tebusan selama lebih 10 minggu bersama kira-kira 240 yang lain sejak 7 Oktober lalu.

Ketiga-tiga lelaki itu, kesemuanya berjanggut duduk bersebelahan sebagaimana dipaparkan dalam video yang disiarkan Hamas ke platform Telegram.

Tebusan yang duduk di tengah, Peri memberitahu dia dan tebusan warga emas lain mempunyai masalah kesihatan.

Dia merayu supaya Israel mendapatkan pembebasan tanpa syarat untuk mereka.

Sementara itu, menantu perempuan Metzger, Ayala Metzger berkata, dia berasa gembira dan terkejut apabila melihat video itu.

Israel dan Hamas bersetuju dengan gencatan senjata selama seminggu pada akhir November, yang ditengahi oleh Qatar dan Mesir, termasuk pembebasan lebih 100 tebusan di Gaza sebagai pertukaran untuk 240 wanita dan remaja Palestin dari penjara Israel.

Beberapa tebusan yang kekal di Gaza telah diisytiharkan mati tanpa kehadiran oleh pihak berkuasa Israel.

Menurut Reuters usaha sedang dijalankan untuk cuba mengatur pembebasan lebih banyak tebusan, dengan ketua CIA AS dan Mossad Israel dan perdana menteri Qatar dijangka bertemu untuk membincangkan isu itu.-

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top