Hal Ehwal Kesihatan Di Bawah Shahelmey Kecuali Yang Babitkan Pengurusan Covid-19

ShahelmyYahya_1598933878.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah bersetuju supaya tugas dan tanggungjawab berhubung hal kesihatan di negeri ini diletakkan bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, yang diterajui Ir Shahelmey Yahya kecuali perkara membabitkan pengurusan wabak COVID-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun yang juga jurucakap rasmi berkaitan COVID-19 bagi Sabah, berkata pihaknya dengan diketuai Ir Shahelmey Yahya mengendalikan perkara berhubung bantuan makanan kepada penduduk terjejas di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Beliau yang juga Menteri Kewangan II Sabah berkata, persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet negeri pada minggu lalu.

Katanya, ketiadaan jawatan Menteri Kesihatan dalam Kabinet Sabah tidak bermakna kerajaan negeri mengabaikan kesihatan rakyat.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, Kerajaan Sabah menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan yang memiliki kuasa undang-undang dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 negeri bagi menangani wabak itu.

Masidi turut memaklumkan bahawa setakat ini, hospital kerajaan di Sabah memiliki set peralatan perlindungan diri (PPE) yang mencukupi, sekali gus menafikan dakwaan berlaku kekurangan PPE di Hospital Ranau sebagaimana tular dalam media sosial.

“Jika ada kekurangan PPE, hospital lain di negeri ini akan segera menyalurkan bantuan kepada hospital yang memerlukan bantuan, termasuk daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia,” katanya pada sidang media, di sini, malam tadi. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top