Hak Pengguna Sabah: Pasar Raya Lebih Cerdik Berbanding Pemimpin Warisan

KP-PAS-Sabah.jpg
Kongsi Bersama

Oleh : Mohd Rahman Awang

KOTA KINABALU : Tindakan segelintir pimpinan Warisan yang cuba mengambil kesempatan membangkitkan sentimen perkauman melalui isu pengguna di pasar raya Bataras, Keningau baru-baru ini jelas menunjukkan kedangkalan pemimpinan parti itu dalam memahami hak pengguna di Sabah.

Oleh kerana kedangkalan itu jugalah Warisan hanya mampu memerintah Sabah untuk tempoh yang singkat di samping gagal menjaga kepentingan rakyat sehingga kecundang dalam PRN yang lepas.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pemuda PAS Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin (gambar) dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

“Tindakan yang diambil oleh pasar raya Bataras dilihat lebih bijak apabila menyelesaikan aduan pengguna yang timbul demi menjaga sensitiviti semua kaum dan agama di negeri ini,” ujarnya.

Tambahnya Pemuda PAS Sabah menganggap Warisan hanya sebuah parti yang sudah ditelan zaman kegemilangannya, hilang taringnya dan tidak berdaya lagi untuk meraih tempat semula dalam hati masyarakat Sabah sampai bila-bila.

Ulas beliau lagi, Warisan sewajarnya memberikan penghargaan kepada ADUN Sabah, Dr Aliakbar Gulasan yang menjalankan tugas sebagai pemimpin masyarakat dan sanggup membawa suara pengguna Islam demi keselesaan dan kepentingan masyarakat yang rencam dengan kepelbagaian etnik.

“Rakyat Sabah tahu, ADUN dari PAS itu yang merupakan anak kelahiran Tenom sentiasa bekerja untuk masyarakat dan ia ternyata berbeza dengan pemimpin Warisan yang dilihat hanya mendiamkan diri mengenai isu tertentu demi meraih kepentingan politik,” jelasnya.

“Walaupun sudah diberi peluang mentadbir Sabah pada penggal lalu Warisan tidak menunjukkan kualiti pentadbiran yang baik bahkan tidak kurang pimpinannya terpalit dengan isu rasuah sehingga menyebabkan Warisan ditolak oleh orang Sabah,” katanya.

Dalam kesempatan itu, beliau turut merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) khususnya STAR dan SAPP yang bangkit membuat penjelasan berkenaan isu tersebut.

Katanya perkara ini menunjukkan parti komponen GRS lebih memahami budaya hidup bermasyarakat di Sabah berbanding Warisan sekali gus memperlihatkan bahawa kesatuan parti-parti kerajaan negeri yang mewakili pelbagai etnik dan agama lebih ke hadapan untuk mewujudkan suasana yang harmoni dalam kalangan rakyat Sabah.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top