Hak-hak Sabah Harus Diperjuangkan Mengikut MA63

reni.jpg
Kongsi Bersama

SHAH ALAM: Hak-hak rakyat Sabah harus diperjuangkan mengikut perkara 20 yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Demikian kata Sukarelawan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Selangor, Reni Samson, mengulas mengenai penyatuan Sabah dalam Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia 2021 baru-baru ini.

“Kita perlu merujuk dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di mana 20 perkara yang ditetapkan oleh malaysia kepada Sabah dan Sarawak, antaranya termasuk berkongsi budaya kepada tanah semenanjung Malaysia.

“Bagi pendapat saya sekiranya perjanjian ini diingkari, ia akan terkeluar dari Malaysia. Tetapi sekiranya hak-hak diberikan sama rata dari Malaysia maka tiada keperluan Sabah keluar dari Malaysia,” kata Reni yang berasal dari Kampung Meligan Sipitang, Sabah.

Katanya, pada masa ini keadaan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia adalah tenang, aman dan sebagai rakyat Malaysia haruslah bersatu padu, bersatu menentang pandemik yang melanda dunia sekarang.

“Sebagai rakyat Sabah penambahbaikkan dalam pentadbiran dan pengurusan pemimpin atasan itu perlu mengutamakan kepentingan rakyat Sabah dahulu daripada kepentingan diri sendiri.

“Manakala hak-hak Sabah dalam perkara 20 yang dijanjikan haruslah diperjuangkan sama rata dengan semenanjung Malaysia,” ujarnya. –Sabah Media

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top