Hak 40 peratus Sabah: Mahkamah benarkan SLS teruskan semakan kehakiman

tukul-mahkamah.jpg
Kongsi Bersama

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membenarkan Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) memulakan prosiding semakan kehakiman dalam cubaan badan itu menguatkuasakan pemberian khas 40% di bawah Perlembagaan Persekutuan.

FMT melaporkan, Hakim Datuk Ravinthran Paramaguru ketika menyampaikan keputusan sebulat suara itu berkata mahkamah tidak dapat diyakinkan dengan hujah kerajaan persekutuan bahawa isu berkaitan pemberian khas tersebut tidak wajar dan mahkamah tidak boleh mendengar kes itu.

SLS memohon dibatalkan gazet 2022 yang menyatakan kerajaan persekutuan akan membuat pembayaran kepada Sabah keseluruhan RM527.2 juta, bagi tempoh 2022 hingga 2026.

Mereka juga mahu kerajaan persekutuan mengadakan semakan terhadap Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan untuk secara wajar ‘mencerminkan’ hak 40% kepada Sabah.

SLS berhujah semakan dilakukan bagi tempoh 1969 hingga 1973, namun terhenti setakat itu. Mereka berkata, akibat daripada itu rakyat Sabah hilang manfaat terhadap pemberian khas selama 47 tahun.

Kerajaan persekutuan menegaskan nilai pemberian khas perlu ditentukan oleh pusat dan negeri, mengambil kira kedudukan fiskal dan kewangan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top