Hajiji Yakin Pakatan GRS-BN Boleh Menang 15 Kerusi

hajiji-2.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata beliau yakin gabungannya bersama Barisan Nasional (BN) akan memenangi 15 daripada 25 kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Hajiji, yang juga pengerusi Bersatu negeri, mengulas kenyataan perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyasarkan 15 kerusi dari Sabah melalui kerjasama itu.

“Saya ingin menyatakan bahawa pakatan kita boleh mendapat lebih daripada 15 kerusi parlimen di Sabah,” katanya ketika ditanya pemberita di Batu Sapi.

Semalam, Ismail berkata beliau yakin semangat kerjasama jentera BN dan GRS akan membantu mereka mencapai sasaran termasuk kerusi di zon lima Sabah meliputi Beluran, Libaran, Batu Sapi, Sandakan dan Kinabatangan.

“Di Sabah, saya diberitahu (BN-GRS) boleh menyumbang sekurang-kurangnya 14 kerusi (parlimen) ke arah (pembentukan) kerajaan persekutuan. Pembentukan kerajaan persekutuan adalah bergantung kepada kerusi di Sabah.

“Oleh itu, saya mengharapkan sumbangan (kerusi Parlimen) dari Sabah, terutamanya kawasan zon lima,” kata Ismail dalam ucapannya pada majlis bersama penduduk Libaran di Projek Perumahan Rakyat Gum Gum di Sandakan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top