Hajiji umum subsidi tiket penerbangan RM600 untuk pelajar Sabah

CM-and-students.jpg

Hajiji pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Mahasiswa Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung, semalam. (Kredit foto: FB Hajiji Haji Noor)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengumumkan subsidi tiket penerbangan RM600 kepada semua pelajar tempatan yang menuntut di institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Labuan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata subsidi tambang penerbangan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta.

Beliau membuat pengumuman itu semasa lawatannya ke Pulau Pinang untuk Majlis Berbuka Puasa Bersama Mahasiswa Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung pada Isnin.

Katanya, bantuan khas sekali sahaja (one off) sebanyak RM600 itu merupakan dana daripada peruntukan khas Ketua Menteri.

“Subsidi akan diberikan terus kepada pelajar terbabit. Maklumat terperinci dan mekanisme pembayaran akan diuruskan kemudian.

“Bantuan khas ini boleh digunakan pada bila-bila masa untuk pulang ke Sabah,” katanya lagi.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top