Hajiji Tidak Pernah Rendahkan Penjawat Awam – JKM Sabah

hajiji-fake-news.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pejabat Jabatan Ketua Menteri Sabah menafikan gambar dan kenyataan yang tular di media sosial yang mendakwa kelewatan bantuan makanan kepada penduduk terjejas adalah disebabkan ketidakcekapan penjawat awam.

Dalam satu kenyataan semalam, pejabat JKM Sabah menegaskan, kenyataan itu tidak pernah sama sekali dikeluarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Malah, kenyataan yang tular di semua platform media sosial beserta gambar Hajiji itu adalah satu cubaan untuk memburuk-burukkan kepimpinan beliau dan Gabungan Rakyat Sabah selaku kerajaan memerintah.

“Ketua Menteri tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian sebaliknya beliau sangat menghargai usaha dan kerja keras semua pihak termasuk penjawat awam dalam usaha memerangi COVID-19,” kata kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

Tambah kenyataan itu lagi, satu laporan akan dibuat kepada pihak berkuasa bagi menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan ekoran penyebaran berita palsu ini.- AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top