Hajiji Terima Surat Jemputan Majlis Angkat Sumpah Daripada TYT

IMG_20200928_171656.png
Kongsi Bersama

Pengerusi Bersatu Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor petang ini menerima surat jemputan untuk menghadri istiadat mengangkat sumpah jawatan ketua menteri Sabah.

Jabatan Penerangan Sabah berkata, Hajiji tiba di Istana Negeri kira-kira jam 4 petang tadi untuk menerima surat tersebut daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

“Sejurus selesai penyampaian surat jemputan, Hajiji turut menghadiri raptai istiadat angkat sumpah yang akan berlangsung di dewan istiadat Istana Negeri pada jam 10 pagi esok,” kata kenyataan itu.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top