Hajiji Terima Pelan Tindakan TPB2030 TERAJU

hajiji-teraju.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi menjayakan program dan inisiatif pembangunan bumiputera di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi TERAJU yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU Datuk Md Silmi Abd Rahman di Menara Kinabalu di sini semalam.

Semasa kunjungan itu, Md Silmi memberi taklimat kepada Hajiji mengenai Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030), pelan hala tuju 10 tahun yang menggariskan strategi dengan program dan inisiatif pembangunan yang ketara dan terperinci untuk memberikan impak yang boleh diukur kepada bumiputera.

TPB2030 adalah kesinambungan dasar dan rancangan bumiputera terdahulu dengan tujuan memperkasakan ekonomi bumiputera bagi memastikan kemampanan dan kesaksamaan, selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030) supaya tidak ada bumiputera yang ketinggalan.

Turut hadir, Pengarah TERAJU Samsulkamar Mohamad Ali; Pengarah Bersekutu Noorezly Aimy Mohd Noor dan Muhammad Hilmi Abd Adzis serta Ketua Program Sabah Md Redzuan Rahman.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top