Hajiji Terima Kunjungan CUEPACS Sabah

hajiji-cuepacs.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, di Menara Kinabalu dekat sini pada Khamis.

Dalam kunjungan tersebut, Pengerusi Cuepacs Sabah, Hussin Basir menyampaikan taklimat kepada Hajiji mengenai rancangan menyemak semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang dicadangkan kepada Kerajaan.

Hussin berkata, peranan utama Cuepacs Sabah adalah untuk memperkasakan perkhidmatan awam negeri dan berharap Cuepacs akan dijemput menyertai perhimpunan tahunan perkhidmatan awam negeri.

Hussin turut diiringi oleh Setiausaha, Ajulahin Japin, Penolong Setiausaha Muanam Majato serta dua anggota exco Bertha Eldo dan Mariayati Kastari.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top