Hajiji Stabil dan Bersemangat

Hajiji-Noor-Polling-Day-Results-Sabah-270920-FMT-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pembantu menteri kepada ketua menteri Datuk Wetrom Bahanda berkata, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor kini dalam keadaan stabil dan bersemangat.

Katanya, Hajiji terus menjalankan tugas sebagai ketua menteri menerusi panggilan telefon dan sidang video.

“Saya mendoakan ketua menteri akan pulih daripada jangkitan secepat mungkin agar dapat segera kembali berkhidmat untuk rakyat Sabah.

“Saya juga menjemput seluruh rakyat untuk turut sama mendoakan bagi ketua menteri dan juga semoga Allah menyembuhkan serta menyelamatkan rakyat dan Sabah tercinta daripada jangkitan virus Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Hajiji disahkan positif Covid-19 dan menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth (QEH).

Ketua PPBM Sabah itu sebelum ini secara sukarela menjalani kuarantin kendiri selepas salah seorang kakitangannya didapati positif wabak itu.

Hajiji juga tidak menghadiri upacara angkat sumpah yang diadakan sebelum ini. -FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top