Hajiji saran USIA bantu lengkapkan pendidikan golongan belia Sabah

hajiji-2.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sebagai sebuah persatuan Islam terbesar dan tertua di Sabah, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) disaran memainkan peranan dalam membantu melengkapkan pendidikan golongan muda di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata USIA dilihat mempunyai keupayaan untuk merealisasikan usaha melengkapkan belia dengan pendidikan dan kemahiran teknikal serta ilmu agama bagi mempersiapkan mereka sebagai penerus kepada kelangsungan dakwah dan tarbiah di Sabah serta seluruh negara.

Beliau berkata USIA juga perlu menggunakan sepenuhnya kepakaran yang ada pada pertubuhan itu untuk menarik golongan muda dalam meningkatkan kemahiran diri yang bersesuaian dengan keperluan masa, juga mengajak lebih ramai belia dalam aktiviti kemasyarakatan dan dakwah

“USIA juga boleh membantu kerajaan merancakkan kembali ekonomi melalui rantaian perniagaan, seperti terlibat dalam aktiviti jualan runcit, mewujudkan koperasi dan keusahawanan lain,” katanya dalam kenyataan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Perwakilan USIA ke-37 di sini semalam.

Hajiji berkata pertubuhan itu yang mempunyai 29 bahagian di seluruh Sabah, juga mampu memainkan peranan merapatkan ukhuwah dalam kalangan ahli dan masyarakat pelbagai kaum serta latar belakang di Sabah.

USIA didaftarkan sebagai sebuah persatuan pada 10 Okt 1969 dan memainkan peranan bagi menyatupadukan umat Islam dan rakyat Sabah serta mewujudkan masyarakat yang mempunyai akhlak dan budi pekerti tinggi.

Sumber: BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top