Hajiji sambut baik usaha kukuhkan hubungan dua hala Jepun-Sabah

CM-n-Japan.jpg

Hajiji menyampaikan cendera kenangan kepada Noriyuki selepas menerima kunjungan hormat di Menara Kinabalu.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat Duta Besar Jepun ke Malaysia, Noriyuki Shikata, di Menara Kinabalu di sini semalam.

Beberapa isu turut dibincangkan termasuklah memperkukuhkan hubungan dua hala antara Jepun dan Sabah.

Lawatan Noriyuki itu juga sempena dengan Majlis Sambutan Hari Jadi Maharaja Jepun pada malam ini.

Duta yang mengambil alih jawatan pada bulan September tahun lalu itu diiringi oleh Konsul Jeneral Jepun di Kota Kinabalu, Yamashita Yoshito.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top