Hajiji Puji Usaha MPWS Wujudkan Program Bermanfaat Untuk Wanita

Hajiji-MPWS.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor memuji Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dalam usaha mewujudkan pelbagai program yang memberikan manfaat besar kepada wanita di negeri ini.

Katanya, beliau berbangga bahawa semua program yang dilaksanakan berjaya mencapai matlamatnya.

Beliau berkata demikian ketika bertemu dengan Jawatankuasa MPWS yang diketuai Presidennya Datuk Dr Hajah Tarsiah TZ Taman di Menara Kinabalu pada Isnin.

Dalam pertemuan itu, Hajiji turut meluluskan dua inisiatif yang dicadangkan MPWS iaitu Program Creating Millionaires Among Young Women Entrepreneurs (CreaM@YWE) dan Akademi Kepimpinan Wanita Sabah (AKWan).

Sementara itu, Tarsiah ketika menyampaikan taklimatnya kepada Ketua Menteri menjelaskan MPWS akan mendaftarkan kumpulan kedua usahawan wanita berumur diantara 21 sehingga 40 tahun untuk program CreaM@YWE pada November depan.

Katanya, Ia dilakukan ekoran berjayanya pengambilan pertama untuk program berkenaan sebelum itu.

Menurutnya, MPWS juga telah memberikan tumpuan untuk membangunkan AKWan sebagai satu platform memperkasa wanita di Sabah menerusi pelbagai program serta modul kepimpinan.

Hadir sama ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir Shahelmey Yahya.

 

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top