Hajiji Pengerusi Mesyuarat AMT PRBSS

20211107_125951-scaled.jpg
Kongsi Bersama

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah (PRBSS) di Pusat Kebudayaan Bajau Sama Sabah, Kg. Lok Batik, di sini, hari ini.

Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah karnival dan perasmian bangunan pusat kebudayaan itu.

Hajiji yang juga Presiden PRBSS, turut menyampaikan watikah pelantikan Ketua Penerangan PRBSS kepada Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Kasim Haji Md. Mansur.

Terdahulu, Hajiji meninjau sekitar bangunan pusat kebudayaan tersebut dan kerja- kerja membina rumah tradisional bajau, landskap dan kecantikannya.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden, Datuk Haji Musbah Jamli; Naib-Naib Presiden, Datuk Japlin Akim, Datuk Jumat Idris dan Dato’ Armizan Mohd.Ali; Setiausaha Agung, Datuk Abdul Kassim Razali; dan Bendahari, Datuk Daud Haji Sidik.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top