Hajiji nafi wujud salah guna kuasa pengambilan tanah di Kudat

hajiji_noor_bernama2.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menafikan berlaku salah guna kuasa dalam kelulusan berhubung rundingan pengambilan tanah di Kudat.

Menjawab dakwaan disebarkan melalui laman Facebook berhubung pengambilan tanah yang didakwa untuk perlombongan pasir silika di daerah itu, Hajiji berkata, semua permohonan dilakukan mengikut undang-undang.

Beliau berkata, dakwaan kononnya berlaku salah guna kuasa membabitkan dirinya adalah berniat jahat dan bermotifkan politik bagi memburukkan namanya.

“Pejabat saya akan memberi kerjasama penuh terhadap mana-mana siasatan dijalankan berhubung dakwaan ini,” katanya menerusi kenyataan, di sini, pada Isnin.

Kenyataan dikeluarkan Jabatan Ketua Menteri Sabah itu menyusul berikutan satu artikel dimuat naik sebuah laman Facebook mendakwa Hajiji menggunakan kuasanya meluluskan permohonan tanah mengandungi pasir silika di Pulau Balambangan, Kudat, merangkumi tanah milik Yayasan Sabah dan tanah kerajaan negeri.

Hajiji berkata, semua permohonan tanah dibuat mengikut prosedur ditetapkan melalui mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC) dan diproses di pejabat.

“Permohonan membabitkan tanah Yayasan Sabah sudah dirujuk kepada Lembaga Pengarah Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) dan semuanya dibuat mengikut undang-undang.

“Siasatan akan dibuat dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang mendedahkan dokumen rahsia digunakan untuk membuat dakwaan terbabit,” katanya.

Hajiji berkata, pihak berkuasa juga sudah dimaklumkan mengenai akaun Facebook yang memuat naik dakwaan untuk mencemarkan reputasinya itu.

“Saya juga akan mengarahkan peguam untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap dakwaan palsu ini,” katanya.

 

Berita asal: BHarian

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top