Hajiji Mula Tugas Rasmi

KM-opis.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, memulakan tugas rasmi di pejabat beliau di Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah , Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di sini, pagi ini.

Hajiji yang memakai ‘bush jacket’ coklat muda, mengimbas jari sambil tersenyum kepada petugas media sebelum memasuki pejabatnya dan mengadakan perbincangan dengan pegawai JKM.

Beliau dijadualkan menghadiri beberapa pertemuan, hari ini, antara lain dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, di samping beberapa mesyuarat dan perbincangan.

Semalam, Hajiji, 65, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pada istiadat di Istana Negeri Sabah.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meraih majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri Sabah, Sabtu lalu, apabila memenangi 38 daripada keseluruhan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top