Hajiji, Maximus dan Wan Junaidi Bincang Pelbagai Perkara Dalam Pertemuan di Sri Gaya

hajiji-wan-junaidi-maximus.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri di JPM (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili di kediaman rasminya di Sri Gaya, semalam.

Hajiji berkata, pelbagai perkara melibatkan perundangan serta polisi telah dibincangkan dan ditelitikan dalam perjumpaan itu.

“Ini adalah bertujuan untuk memastikan sebarang perundangan dan polisi tidak bercanggah dengan perlembagaan sekaligus menjamin dan memelihara hak rakyat khususnya rakyat Sabah.

“Pihak Kerajaan Negeri akan sentiasa memastikan setiap polisi atau dasar yang dipinda adalah atas dasar kesejahteraan rakyat terutamanya melibatkan ekonomi negeri dan rakyat.

“Saya percaya dibawah kepimpinan baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, agenda untuk mengembalikan hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak bukanlah omong kosong sebaliknya merupakan antara fokus utama kerajaan yang akan ditunaikan”, katanya.

Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Datuk Seri Sr. Haji Safar Untong dan Peguam Negeri, Datuk Nor Asiah Mohd.Yusof.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top