KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor akan melancarkan program Rumah Mesra SMJ di Rumah Budaya Kuala Penyu pada 28 Sept ini.
Tarikh pelancaran itu dianjakkan sehari lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan sebelum ini iaitu 29 Sept kerana bertepatan dengan ulang tahun kedua Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS-BN).
Dalam majlis itu, Ketua Menteri akan melawat dua tapak di Menumbok dan Kuala Penyu di mana dua unit Rumah Mesra SMJ telah siap dibina.
Beliau kemudiannya akan menuju ke Rumah Budaya Kuala Penyu di mana kunci rumah akan disampaikan kepada penerima.
Kerajaan Negeri GRS-BN akan membina 1,500 unit Rumah Mesra SMJ di seluruh Sabah.
Komen