Hajiji Hargai Komitmen Bung Kekal Bersama GRS

hajiji-dan-bung.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) amat menghargai pendirian Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang konsisten dengan komitmen untuk terus bersama dalam kerajaan GRS di negeri Sabah.

Hajiji berkata, kenyataan terbuka itu menzahirkan komitmen padu semua kepimpinan GRS untuk menjunjung mandat rakyat di Sabah yang telah memilih kerajaan baharu di bawah gagasan GRS.

“Atas sebab itu, keutamaan kita adalah menjaga nasib dan masa depan rakyat serta negeri.

“Cabaran di hadapan kita adalah menangani isu kesihatan, keselamatan dan ekonomi susulan pandemik Covid-19.

“Justeru, sebagai Pengerusi GRS saya amat menghargai pendirian Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah (Bung Moktar) yang terus bersama kerajaan GRS di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Hajiji berkata, perjuangan untuk bersama rakyat perlu diterjemahkan dengan komitmen semua pemimpin untuk fokus, bekerjasama dan bersatu padu untuk membawa Sabah keluar dari permasalahan ini.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top