Hajiji Harap Lebih Banyak Kerjasama Sabah-Indonesia

hajij.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Konsul Jenderal Republik Indonesia (RI) Kota Kinabalu, Krishna Djelani di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), semalam.

Hajiji berharap akan lebih banyak kerjasama dalam perkara yang menyentuh kepentingan bersama antara Malaysia dan Indonesia, terutama yang berkaitan dengan Sabah.

Inisiatif SOSEK-Malindo dan BIMP-EAGA telah membawa faedah ekonomi dan sosial budaya kepada kedua-dua negara, sekali gus beliau mahu lebih banyak kerjasama sempadan dalam perdagangan, yang akan memberi menfaat kepada kedua-dua pihak.

Turut hadir ialah Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Ag Shahminan Ag Shari. – Borneo Today

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top