Hajiji Hadiri Majlis Iftar Perdana Bersama OKU & Asnaf

hqjiji-asnaf.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seramai 119 orang kelainan upaya (OKU) dan 46 asnaf diraikan secara berbuka puasa bersama-sama rakan, guru dan keluarga pada program Majlis Iftar Perdana Bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Dewan Hadari Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBRKK), di sini, pada Ahad.

Majlis itu merupakan kali ke 6 dianjurkan oleh MBRKK.

Hajiji turut menyerahkan duit raya kepada pelajar anak istimewa, warga OKU, golongan asnaf dan pelajar Akademi QurANIS Al-Mubarak.

Beliau juga menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM40,000 daripada Bahagian Zakat dan Fitra Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada Akademi QurANIS Al-Mubarak.

Majlis Iftar Perdana diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam dalam menyantuni anak-anak istimewa warga OKU dan golongan Asnaf, di samping memberi kesempatan untuk bersedekah di bulan Ramadan.

Hadir sama ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd.Arifin Mohd.Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Yakub Khan, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Haji Jaafar, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Saifulzaman Sangul, Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Ramlan Awang Ali dan Pengerusi MBRKK, Datuk Ab Jamal Tun Dr. Sakaran.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top