Hajiji hadir Majlis Perasmian Kongres Nasional Tahunan PKR

hajiji-3.jpg

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor ketika hadir pada Kongres Nasional Keadilan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kongsi Bersama

PUTRAJAYA:Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menghadiri Kongres Nasional Keadilan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di Putrajaya, pada Sabtu.

Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena kongres berkenaan.

Kongres itu turut dihadiri pimpinan parti Kerajaan Perpaduan dari Sabah antaranya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Christina Liew dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup; Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Chin Su Phin.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top