Hajiji Hadapi Saingan Tiga Penjuru

hajiji.jpg
Kongsi Bersama

TUARAN: Pengerusi PPBM Sabah, Hajiji Noor bakal berdepan pertandingan 3 penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Beliau berdepan calon Warisan, Aliasgar Basri dan Parti Cinta Sabah (PCS), Rekan Hussein.

Pegawai pengurus pilihan raya DUN Sulaman, Mohd Sapian Alfian Nair membuat pengumuman itu pada jam 10.50 selepas tempoh penamaan calon tamat pada jam 10 pagi tadi.

Hajiji adalah penyandang kerusi DUN Sulaman selepas memenanginya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.

Beliau menang dengan majoriti 7,774 undi menewaskan 2 calon lain, iaitu daripada Warisan dan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS).

Komen

Kongsi Bersama

1 Reply to “Hajiji Hadapi Saingan Tiga Penjuru”

  1. Jaiudin Liling says:

    Datuk Hajiji ni orangnya lembut, tidak boleh mempertahankan kawasannya. Datuk Bung pula orang yang kuat gertak dan suka bercakap kotor bila berkata-kata. Tidak boleh jadi pemimpin yang baik kepada rakyat Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top